About Me

My photo
sweet 18, currently lives in Tanah Melayu, gadis melayu, love baju kurung, and just a plain girl which awesome in my own way. *warning : this blog may contains my bad side, stupid side, rude side, you name it. but also contains my bright side of course. :D

Wednesday, November 10, 2010

.: Melayu :.

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Alhamdulillah, segala pujian kepada Allah yang masih membenarkan saya bernafas di muka bumi ini. =). i found this poem on prupose and find it interesting and can be share...so, here it goes, feel it guys. =)


Sajak Melayu – Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan


Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Dalam sejarahnya


Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan


Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara


Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali


Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri


Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak


Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing


Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”


Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan


Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!


*_*

Tuesday, November 9, 2010

.: i LiKe ThEsE WoRdS ~! :.


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~


Mntalah teman soleh@solehah dlm sjud t'akhirmu swktu tahajjud..
Dia bisa kuatkan kkimu di jln Allah..
skliling kta byk hati2 ksong rndukn sentuhan iman dr teman soleh@solehah..
mulakn dgn mjdikan drimu pnawar kpd mrk sume...
pghdup hti2 grsang...
bykkn mmbri dr m'hrap..
biarlah dri kta x dhrgai..
asalkn kta m'hrgai org len klak Allah akn m'hrgai kta =)

Mungkin krn kita leka, sekali pena terlepas dr genggaman, ucapan "oops!" mendahului "ya Allah". Apabila perut kenyang, "ah...kenyangnya!" mengatasi "Alhamdulillah". Apabila diri terpegun oleh keindahan alam "Subhanallah" tertutup oleh "cantiknya!". Apabila dikunjungi berita malang, "kasihannya..." terucap kerana kita lupa pada "innalillahi wainna ilaihi raji'un". Kadangkala kita lupa krn terbiasa. Tetapi ingatlah agar apabila Izrail mendekati kita, biarlah ucapan "Lailaha illallah" menjadi juara mengatasi segala kata2. insyaAllah =)


Allahu yuhibbu muhsinin...^_*

Monday, November 8, 2010

.: BanJiR, LaWyEr, WiFe ~ ! :.


Bimillahirrahmanirrahim;
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ~

oLa people~ maaf, dah lama x update....humph, dlanda bah adlh slh satu sbb, lg stu sbb is sy sgt malas nk type. hehe. ok. start with story banjir.

Alhamdulillah, di sebalik kesusahan org lain yg betul2 dilanda banjir, keluarga sy still bernasib baik sbb rumah sy agak tinggi walaupun rumah2 di kawasan depan tmn sy tenggelam paras betis sahaja. lebih malang lagi penduduk kawasan taman tabung haji, which is sebelah taman desa bkt tgi shj....kesusahan yg family sy alami is only x de lektrik n x de air shj.....compare to pndduk tth, air bah naik smpai bumbung rmh diorg, abis sgla hrta diorg sbb x jgka naek smpai mcm tu. like the rest said, banjir terburuk skali dlm sej.

actually, hr rabu tu, pihak sek membenarkan hostel like bahiyah balik ke rumah masing2 memandangkan air x de kat sek...and org dm pun x dpt ke ostel utk sdia mknn sbb tperangkap banjir di jitra. that is the first sign of flood will come to a.star. hr tu sy panic kjap cuz family sy da tperangkap dlm banjir, x dpt kluar p mn pun even utk amik sy dr sek sbb air da paras dada~! so, my dear friend, fatin izzaty offer utk dduk umah dy utk smentara wktu. alhamdulillah,umah dy x de pape pun....umah dy mcm2 ada, bendang, ban, sangkar yg full of birds, ayam, etc~ hoho~ family dy sgt sporting~! mmg best lah dduk umah dy~! tp next day tu, km 2 x p sek...hoho....tgk2 ayh dy kta sek bhyh bnjir dah~ =). mlm tu, abh randuk gak air nk amik sy...then abh naek keta pej utk amik nina kat kl. kedah~

mmg satu experience yg x bleyh lpa la, randuk air yg arus deras utk baleyk umah. mmg sjuk lah~ malam plak tu. esk nya, alhamdulillah, dah surut dah air, bleyh la km lari blek kg. kat sbrg jya. =). dduk 3 hri 2 mlm kat sna, abh kna panggil p stadium sri mnnti sbb abh kan keja ngn kerajaan. so kna tlg org la. hummm....pd sy, banjir ni dtrunkan olh Allah utk mmbri peringatan kpd umat islam....bkn sbb projek kereta api bekembar ke ap ka sbb,,,,bla Allah kta Kun Faya Kun, jdlah ap yg Allah mahukan....pemimpin ngr plak x leyh la lmbt btindak, ini, ad mgsa yg lmbt trima bntuan....humph.

***************************************************

hari tu, msa sy tgh sembang2 ngn kwn2, tba2 ad sorg tu ckap..."bg aku, kerjaya sbg civil lawyer ni satu langkah ke neraka..." dear, ssguhnya sy rsa mcm kna tampar fresh ja kat pipi bla dy ckap mcm tu. dear, dy seorg yg sgt pandai, lbih dr sy, y kna sempitkan pemikiran smpai mcm tu....? kalau x de la civil lawyer mly, sp lg yg nk tunaikan fardhu kifayah tu kalau dok fkir mcm tu? ok, for her doubt tu, sy ad jwapan yg sy amik dr satu web ni....read n feel it babe~

16-007 : Kerjaya sebagai seorang peguam halalkah?
soalan :

Ada seorang ustaz aliran tradisional tempat saya ni bertegas bahawa sesiapa yg kerja sebagai lawyer/hakim atau yang seumpamanya (non-syariah legislation) akan masuk neraka lantaran pekerjaan mereka itu. Ini kerana mereka menggunakan & mengiktiraf hukum-hakam ciptaan barat/manusia (cth: Brit common law) instead of hukum-hakam dari Al-Quran dan Sunnah. Bagaimana tu?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Lawyer atau peguam, menurut istilah feqah ialah: ‘wakil dalam perbicaraan’. Seseorang yang berhadapan kes mahkamah mewakilkan individu yang layak sebagai jurubicara bagi pihak dirinya.

Dimaklumi dalam syarak, wakalah (perwakilan) seperti ini adalah HARUS pada asalnya. Jadi, pada dasarnya profesyen lawyer/peguam adalah berkaitan ‘wakalah fi al-Khusumah’ (perwakilan dalam perbicaraan), yang dimaklumi keharusannya. Dan fuqaha memperincikan hukum ini dalam kitab al-Wakalah.

Mewakilkan individu lain dalam perbicaraan (istilah sekarang: lantik peguam) berlaku pada zaman sahabat, sebagaimana Ali r.a. mewakilkan Aqil bin Abi Talib r.a., dan selepas Aqil berusia, Ali mewakilkan Abdullah bin Jaafar. Sunan Baihaqi (no: 11219).

Berkaitan dengan hukum menjadi peguam/lawyer dalam sistem perundangan yang tidak berhukum dengan syariat (bukan semua undang-undang itu menyalahi syariat), perlu difahami bahawa undang-undang itu bukanlah digubal oleh peguam itu. Jadi, bukan dia yang menanggung dosa tersebut. Yang bertanggungjawab ialah penggubalnya. Dasar dalam syarak, seseorang tidak menanggung dosa yg dilakukan oleh orang lain.

Cuma seseorang peguam Islami mestilah menjaga beberapa perkara spt:
i- tidak boleh menuntut supaya dilaksanakan undang-undang yang bercanggahan dengan Islam.
ii- tidak boleh menjadi peguam kepada seseorang yang diketahui bahawa dia di pihak yang salah.
iii- jika peguam itu mendapati ketika perbicaraan bahawa anak guamnya di pihak yang bersalah, maka wajiblah dia menarik diri daripada mewakilinya.

-rujukan: Fatawa Mustafa al-Zarqa’ m/s 379-381.

(Syeikh Mustafa al-Zarqa’ adalah seorang ulama Syria, wafat tahun 1420H. Beliau pernah menjadi peguam di Syria selama 10 tahun, dan meninggalkan profesyen tersebut kerana beliau meletakkan syarat dalam guamannya, iaitu jika dia dapati anak guamnya di pihak yg batil, beliau menarik diri daripada mewakilinya. Syarat seperti ini menyebabkan orang tidak mahu mengambilnya peguam. Kemudian, beliau menumpukan kepada bidang akedemik. Rahimahullah)

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

clear? =).


**********************************************

waktu tgh surf internet, tjumpa article ni~


6 jenis isteri yang di'fire' utk jadi isteri ~

firstly...
Al-Anana.. iaiituu.. prempuan yang membanyakkan keluh kesahh..

yang kedua..
Al manana.. iaitu.. prempuan yang byk mengungkit kpd suami...

yang ketiga...
al hunana... iaituu.. prempuan yg ingin kpd laki len..

yang keempat..
al hudaqah.. iaituu... prempuan yg gemar akan tiap2 satu benda yang dy nak..

yang kelima..
al buraqah... hari2 sebok mekap

Yang keenam...
Al-salaqah.. iaituu... byk beleter..

Kata saidina ali : bermula lelaki yg jahat.. tp terlebih baik plakk sifat pmpuan.. ni apa plak dahh?? maksudnyaaa...

laki kalo bersifat ngn 3 sifat nie.. untuk laki memang xelok..

al ukhlu - kdekut..

azzuhu - membesarkan diri

al jubnu - penakut..

***********************
ookkaayy...till here jek kot~
^_~


Friday, October 29, 2010

.: Kelantan Terengganu :.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Aloha ~!!!! alhamdulillah, nina bru je blik dr lawatan lepas pmr utk form 3 student....ade 3 tmpat ckg bg pilih, ikt kt la nk g mn uh kan? g jitra, kl-putrajaya, n kelantan terengganu. nina plih kelantan terengganu sbb nina jarang pegi klntn tganu...kl plak mmg hometown sniri...jitra plak...tmpt tgal kat kdh...so, nk ubah angin ckit, pegi la klntn tganu. km btolak p klntn dr sek kul 7 pg camtu la...nina kne dduk dpan skali blakg driver bas tu dgn marini~! mula2 x best la sbb dduk dpan, seblah ckg plak tu~! huaaaa~ 8 jam perjalanan, best gak la cuz dpt enjoy pemandangan....and dpt brada d puncak bnjaran titiwangsa~ wah~! x sgka betoi. angin kat atas tu mmg sejukkkkk~ kan ats bukit....tp utk lawatan kali ni, nina x de gmbr la....cuz cmera lma yg dbwa rosak~! huhu. x pe lah....tumpang camera laen un jdi lah. =). nina p kelantan p....pasar ct khadijah, muzium adat istiadat, muzium diraja kelantan.....pastu trus blik homestay. then mlm lak km p wakaf cek yeh. dinner kat restoren ap tah....mahal btul makanan~! huhu~ esk nya km p tganu plak....breakfast km mkn nasi gulai manis ke ap tah....mak aeh. x lalu cek nk mkn ~! ye lah, kat ngr klntn, mkn cra org klntn la kan~ x pe lah, as soon smpai tganu, km g taman tamadun islam, tgk masjid kristal, g kg. losong (bli kepok lekor) n g pasar payang....pastu trus balek kdh~ wlpn sat tp p tganu mmg best~!!! hehe....mcm nk pegi lagi jek~ =)

**************************************
nina jeles~! sbb makngah n pakngah g holiday kat umah maklong kat london~! huaaa~ syok nya~! x pa lah, skg ni rezeki x de lag...nnty2 ade la kan? heheh~

till now, wassalam~

Friday, October 22, 2010

.: Hatyai, Songkhla, Thailand :.


Bismillahirrahmanirrahim,,,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, nina bru je selamat pijak Tanah Melayu tercinta tanpa sebarang masalah selepas lawatan sambil belajar 2 hari semalam ke Hatyai, Songkhla, Thailand. Subhanallah, lawatan ni, sgt lah best~! Alhamdulillah, x rugi nina p~! mula2 masuk hutan, nk tgk communist tunnel, pastu pegi kilang madu, then kilang kacang, then Nora plaza utk shopping. pegi kilang kacang dpt mkn kacang free,(kami angkut kacang free tu byk2 pastu x bli pulak. hehe), then pegi kilang madu dpt minum air madu free, rse madu free, rse bee pollent free. hehe. mcm2 pengalaman dpt dlm satu hari tu. lpas pegi shopping kat Nora plaza ( kalu shopping byar duit bath rse mcm duit cpt hbis, kalu byr gna duit ringgit m'sia, x rse ap pun), km trus check in Rama Hotel, Hatyai, Thailand. smpai hotel tu, km dsambut olh seorg doorman yg handsome, hidung mancung lagi~! hehe~ sebelah mlm pulak, km pegi dinner kat mn tah...naek tut tut~! mmg best lah naek tut tut~! sorang 20 bath jek naek tuh~ group nina which is anak2 ckg Mae dinner kat Hamid restaurant je. sempat gak merasa mihun tom yam fakrah. tom yam original made in thailand mya. fullamakkkk.....kaw gile~! sedapppppppp n pedas berapi~! mmg sedap la~! mama pun jeles ngn nina sbb nina dpt merasa tomyam thailand yg ori pya~! hehe. then round2 kejap dekat Le Garden Plaza, nina berani kata, M'sia pya tmpat shopg lg top, best~! ade night market gak kat luar tu, tp nina x dan nk ushar t-shirt laaa...rse rugi la gak. huhu. esoknya, km breakfast kat hotel. mknn dy Alhamdulillah, halal dan sedap. =). then check out hotel lbh kurg pkul 10 pg wktu m'sia...trus pegi gunung yg ad byk monyet. nme ap tah gng tuh. naek cabel car lg. pmandgn ats gng tu mmg cntik lah. dpt tgk Songkhla City. then pegi pantai Samila. pantai tu mmg cantik dan bersih~! pegi sana bgmbr dgn ptg mermaid tu, pastu jumpa pulak Senior Student of Thailand Soldier Academy. yg boys mmg handsome2 lah~! siap ad yg boleh ckp mly lg~! yg girls, pergh,,,,mmg cantik2 belaka~! mmg sweet memories lah jumpa mereka2 tuh. seronok sgt~! lepas launch dekat tepi pantai tu, km pegi Hatyai Museum. museum tu ats bukit....mmg cntik lah museum tu. tp byk tangga yg kne naek n turun. mmg pecah peluh la msuk museum tu...haha~ =). after museum tu, barulah bertolak balik...hehe....mmg sweet memories la. sgt best~! rsa sgt worth la duit tu. pasal currency,
RM 10 = 100 bath.
ringgit m'sia da jtuh~! (ap suda jadi?) however, nina ttap bli souvenirs utk cousins2~ souvenirs tu keychain yg simple je....tp sgt comel~!!! hehe. utk cousin farah yg always dirindui, nina beli yg mhal ckit dr yg lelain tuh~! hehe.

ap pun, minggu depan, 27 hr bulan nk pegi lawatan utk Form 3 student. nina pilih pegi Kelantan-Terengganu~! hehe. mmg thn ni nina byk berjalan la. Alhamdulillah. jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pengalaman.

Jazakallahu khairan khatira wa Allahu yubarik fiq wa fi amanillahi wa ma'assalaamah wa ilalliqa'.
*v*

posted by NiNa Garnet ~!

Tuesday, October 19, 2010

.: Manifestasi Cinta :.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
kaifahalukum ? nina minx maaf sbb lama x update blog wlaupun dah nk masuk 2 minggu habis pmr. even lpas pmr un, nina still rse nina bzy~! haha. x pe lah. now nk story pasal lagu manifestasi cinta - Fiq feat Mirwana. Actually sy x tawu un lgu ni lgu ap. bkn nk hipokrit, sy mmg jarang dgr lagu mly. lbh byk dgr lagu indie english, rock english dan nasyid english. boleh kenal dgn lagu ni sbb hari tu masa duduk2 dekat bilik study, terdgr lgu ni. mula2 sy tertawan dgn muzik nya. tapi bla dgr lgu ni btul2, sounds like lgu nasyid, cma rentak rock. trus nina jtuh cnta. sbenarnya, kalau lagu2 nasyid byk yg bermelody pop mcm lagu2 Maher Zain dan lagu Mirwana ni, nina rsa lbih rmai remaja suka dgr, berbanding muzik slow sperti lgu raihan. bkn nk kta muzik slow sprti tu old skool, tp kalau nk tarik golongan rmaja skrg dgr lgu yg berunsurkan dakwah, mcm tu lah. reamaja skrg bkn sprt remaja dulu. hipotesis nya, semakin maju dunia, semakin bebas pergaulan, semakin malas manusia, semakin lupa manusia kpd mati, semakin hipokrit manusia, semakin manusia cinta akan dunia. manusia akhir zaman byk trdpt sifat al-wahn, iaitu sifat cinta kn dunia. =). eh. dh lari topik ni. x pa lah. sy bg lirik nya. tp x full sgt pun. harap enjoy. >.<~

Apakah akan terjadi pada semua
Bila mentari dan sang bumi
Tak lagi saling memahami

Dan cinta yang sedia ada
Pupus sudah segalanya
Hanya tinggal sisa suka duka percintaan

Haruskan aku berdiam membisu
Berdiri membiarkan semua itu

Dan cinta yang sedia ada
Pupus sudah segalanya
Hanya tinggal sisa suka duka percintaan

Haruskan aku berdiam dan membisu
Berdiri membiarkan biarkan semua itu

Engkau nafas hidupku
Kau manifestasi cinta
Engkau nadi jiwaku
Dari detik terulang
Kau rahsia mimpiku

Haruskan aku berdiam membisu
Berdiri membiarkan semua itu

Engkau nafas hidupku
Kau manifestasi cinta
Engkau nadi jiwaku
Kau manifestasi cinta
Engkau rahsia mimpiku
Kau manifestasi cinta
Engkau nadi jiwaku
Kau manifestasi cinta


**************************
- Fatimah Syarha -

mgu ni nina tgh bca nvel Tautan Hati krya Fatimah Syarha. woa. bku dy sgt best~! sarat dgn dakwah~! nvel2 mcm ni la ptut nya remaja skrg layan...lengkap package. =).

********************************

oke. no comment dah. cuz tatawu nk tlis ap. i'll be going to Hat Yai, Songkla, Thailand tomorrow. so, perhaps i got some pictures and story to share with u. syukran jazilan kasiran, jazakallahu khairan khatira wa fi amanillah wa ma'assalamah wa ilalliqa'.


=)

Saturday, September 18, 2010

.: PMR :.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

uke, wish me luck ye. lepas ni laptop da nak kene kebumi da...huhu~
thank you for all your support and doa, insyaAllah, nina buat yg terbaik.
terima kasih daun keladi.
=)