About Me

My photo
sweet 18, currently lives in Tanah Melayu, gadis melayu, love baju kurung, and just a plain girl which awesome in my own way. *warning : this blog may contains my bad side, stupid side, rude side, you name it. but also contains my bright side of course. :D

Thursday, September 16, 2010

.: Contengan Jalanan : Hlovate :.

بسم الله الرحمن الرحيم

.: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :.

salam Syawal to all, may Allah bless us all~ =)

huhu. orang lain masih merasai kemeriahan raya...tapi bagi saya, kemeriahan raya tu....tak berapa nak rasa sangat tahun ni. mungkin sebab tahun ni family tak unite kut. and maybe sebab pmr jugak kut. yelah, bukak sekolah ni, 2 minggu gap, then pmr. huih. cuak. duet rya pun kurang je tahun ni.... actually yang nak di'storykan' is hasil tulisan penulis favourite saya, Hlovate. karya terbaru dia, yang dia post kat blog dia is "Contengan Jalanan [Ramadhan] Fend ". actually, memang lah saya tak suka sangat baca novel melayu ni. bukan nak belagak suka and reti baca novel english, tapi one of the reasons i'm not interested in reading malay novels, is most of them are about love. more to say, cinta duniawi. jarang nak melibatkan hadith and tarbiyyah Islam. but, hlovate and habiburrahman el shirazy are certainly different. they write about love story, yet there's a lot of knowledge they slip in. what kind of knowledge i meant? yes, of course, all novels had their own lessons to be learnt by the readers, but lessons that i meant is about our life. more to say, we live for who, why we do this, why we can't do that, etc. yes, i read andrea hirata, which means, tak slip in any hadith ka apa ka but i read andrea hirata's because of he motivates me to keep study, to chase what i dream of to be. but i read hlovate and habiburrahman el shirazy to reminds me of Allah, the creator of you and me. their writings also thought me many things. for example, hlovate's writing thought me about life whilst habiburrahman el shirazy thought me about fiqh Islam. ah, i almost forgot, my other three favourite writers, Hilal Asyraf, Fatimah Syarha and her husband (which is a doctor who i forgot his name, ;) ). these all writers, thought me about life and for what we live. balance, here and hereafter living. =). tak ramai sebenarnya yang nak baca novel-novel macam ni....haha. irony. modern girls do said, orang yang suka read, amalkan Islam ni kolot, ketinggalan zaman. for example : "eh, nina, kaw letak la picture freehair kaw dalam fb" and i reply : "eh, x boleh la syg....x elok la. kita kan perempuan...kalau aku letak picture freehair ak dlm fb, baek ak x payah pkai tdg. =)." and all she said to me : "kolot la kaw ni....old school. zaman da berubah, dnia dah maju....org mn pkai dah bju labuh mcm kaw pkai...." i really want to comment on this, daripada sya buat dosa dgn pakai pakaian tak ketahuan, baek la saya dikatakan kolot pun tak pa....i'm no a religious person who 90% totally superb good but....sejahil jahil saya, saya x gamak lagi nak dedah aurat saya. sesungguhnya saya sangat malu kalau saya keluar rumah freehair. rasa macam....tak pakai baju. and sesungguhnya saya sangat rimas memakai baju yang melekap kat badan (baju ketat lah). rsa macam tak pakai baju lah.... and sesungguhnya saya rasa sangat jahil jika saya keluar rumah, pakai tudung, tapi lengan baju saya pendek. mostly, remaja perempuan sekarang pakai macam tu lah....pkai tudung tapi lengan pendek sependek pendeknya. baik tak payah pakai tudung....haih. bukan tak belajar batas aurat sampai mana....again i said, i'm not saying i'm good, i also make some stupid mistake but....it's the most simple thing you know. back to the main topic, contengan jalanan. i just read at hlovate's blog entries, and it's sooooo interesting. =). some piece of her writing wrote.... ["tadi waktu sembang sekejap sambil makan tu sempat la juga nak kenal-kenal.Akmal kata dia asal dari Negeri Sembilan.Belajar kat sini.Kat UNSW;University of New South Wales.Dia pun jenis suka masjid-hopping juga kalau ada kelapangan. "Aku lagi suka celebrate Ramadhan kat sini sebenarnya." Dengan senyum tenang Akmal menjawab. Akmal membetulkan letak sandarnya je dinding. "Ruh Ramadhan tu lagi terasa kat sini sebenarnya.Erti Ramadhan sebenar tu,baru betul-betul rasa kat sini.Kat Malaysia sekarang ni aku rasa Ramadhan tu dah jadi lebih kepada benda budaya. "Maksud kau?" Kening Fend terangkat sebelah. Akmal membetulkan letak kopiah di kepala."Ramadhan tu bukannya diertikan dengan bazar Ramadhan.Bukan diertikan dengan Malam Tujuh Likur pasang pelita.Bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung.Bukan diertikan dengan buka puasa di hotel-hotel.Bukan diertikan dengan rancangan masak-masak bulan puasa di TV.Tapi benda-benda tu la yang dah jadi definisi Ramadhan kat Malaysia."Fend diam sejenak.Memikir.Memang betul pun apa yang Akmal cakap tu.Lambat-lambat kepala dianggukkan. "Orang dah hilang erti Ramadhan tu sendiri.Bagi aku Ramadhan tu purification.Penyucian.Kira penyucian by all the means and senses of the word." Akmal senyum segaris."Kalau kita tengok apa yang orang kita faham,banyak benda yang dah bercampur." Akmal menerangkan. "Contohnya kalau buat sambutan berbuka puasa.Memang la bagus nak meraikan buka puasa tu.Tapi cara nak meraikan tu pun kena la appropriate jugak.Yang kita tengok kebanyakan orang buat sambutan buka puasa ni campur je lelaki perempuan dah gaya orang buat catching-up kat mapley pun ada.Pergaulan tak jaga,layan dengan sembang-sembang kosong.....patutnya boleh buat pahala tapi dah tak jadi makna apa la kalau macam tu gayanya."Panjang lebar Akmal menuturkan pandangannya. "Mungkin la akan ada orang kata aku extreme ke apa,tapi tu kenyataan.Siapa kita ni nak menolak hukum Tuhan?" ]

see what i'm talking about? rasanya kalu tak baca blog entries ni, sampai sudah tak tau bnda simple ni. hum. nak baca buku-buku imiah tu....macam lah rajin sangat nak baca buku-buku macam tu. so, ada hikmahnya Hlovate ni jadi penulis. sebab tak ramai teenagers yang nak bukak buku ilmiah, baca....through novel hlovate, habiburrahman el shirazy, fatimah syarha and husband, and hilal asyraf, dah cukup untuk bagi panduan to all teenagers yang read buku diorang lah. it may not be perfect as Harun Yahya's writing but, daripada tak de, baek sikit kan? at least, ade. =). and these days....most of malaysians liat nak baca buku...malas nak baca buku...'buku' is a wide contacts which is a general words. what i means is, al-kitab bi ma'na al-Quran, al-Qisas, al-Majallat, al-jaraad, etc. see. banyak kan? membaca kan jambatan ilmu...kalau malaysians tak suka baca buku, macam mana nak jadi manusia yang bertamadun dan berjaya macam Jepun? tell me how. even Korea pun dah jadi negara maju. malaysia bila lagi? maybe sebab melayu memang dari dulu suka berseronok. hey, jangan marah oke, kenyataan. like i said, i'm no a good person but i want to be a better person. nak start to be a better person kenala kutuk diri sniri, perbaiki mana yang patut. kalau saya mengata bangsa saya, bermakna saya kata saya sendiri lah. memang....kadang-kadang kita 'terlena' dibuai keseronokan duniawi. saya x kata saya x 'terlena' dgn keindahan duniawi, tapi ia kenyataan....saya banyak terleka. suasana politics malaysia yang kucar kacir ni berpunca daripada sikap pemimpin and pemuda malaysia lah....pemimpin sepatutnya jadi pemimpin kerana Allah, bukan kerana harta, pangkat, kuasa dan nama. bila itu yg dikejar, ha, jadilah macam sekarang....dok berebut kuasa. kalau pemimpin itu memimpin bertunjangkan agama yang satu, that mean Islam, tak kan punya jadi kucar kacir. same goes as negara-negara islam yang lain. kalau semua negara2 islam bersatu, takkan punya israel tu berani nak attack palestin...sama lah mcam amerika tu pun. cowardice they all. pepatah melayu ada kata....pemuda harapan bangsa, pemudi tiang agama...kalau hampir semua young citizens tak pernah nak peduli pasal negara, or dah hilang semangat patriotik....macam manalah nanti masa depan negara ya. malaysia, perhaps is too liberal. as an islamic country, our law should follows the islam's rules which stated in al-Quran. tinggal ikut ja. Islam kan adil. "Sebab tu aku kata kat Malaysia tu benda-benda agama banyak yang dah jadi benda budaya." Akmal menyambung lagi. "Padahal yang hitam dengan putih tu dah jelas nyata."

To all politicians, this is some piece of sentence form al-Quran,

[“Allah sudah bilang dalam al-Hujurat,ayatnya yang ketigabelas, ‘Hai manusia,sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan,dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal’.” ]

more of the piece, "Masjid memang meriah sungguh. Kat Malaysia pun tak rasa meriah macam ni.Meriah waktu berbuka dengan moreh tu mungkin la. Tapi meriah dengan tadarus bersungguh-sungguh,perkongsian tazkirah Ramadhan,dan suasana tu sendiri....lain benar rasanya kat sini .Ni kot agaknya ruh Ramadhan yang Akmal kata tu?"

see the differents? dr ceritera hlovate ni juga saya faham, kenapa Islam menggalakkan umatnya bermusafir, mengembara ke tempat orang....supaya kita memikirkan kebesaran Allah and kita boleh belajar sooooo many different things. =). and al-Quran should be our best companion~

[“Baca Quran ni patutnya macam baca novel la.Patutnya lebih lagi daripada tu.Baca Quran ni kena ada feel.Kalau tak,tak bawa makna apa.” Akmal sengih. “Kalau orang baca novel tu boleh feel habis sampai menangis-nangis,baca Quran ni patutnya berkali ganda lebih feel daripada tu.Patut habis tisu berkotak-kotak kalau betul-betul boleh hayati kalam Allah ni.” =). under stand what i mean right? “Tu la.Kita ni kadang-kadang berlagak.” Akmal senyum segaris. “Kalau baca Quran dengan tafsir,kita sentiasa je letak diri kita jadi ‘watak putih’ dalam Quran tu.Tapi kita lupa,cukup ke kriteria kita nak jadi ‘watak putih’ tu.Cukup ke apa yang kita dah buat selama ni untuk dengan bangganya kata ‘aku la orangnya yang disebutkan dalam ayat ‘wahai orang yang beriman....’, ‘wahai orang mukmin’..... ‘golongan-golongan muhsinin’ tu’.Yakin ke kita yang kita ni orang yang Allah sebut dalam Quran tentang orang yang diberi balasan syurga dengan nikmat tak ada limit tu?Betul amal kita cukup untuk jadi orang-orang yang Allah sebut tu?” “Sepatutnya kita letak sekali diri kita untuk jadi ‘watak hitam’.Bayangkan yang diri kita la orang yang diseksa dalam neraka yang Allah describe dalam Quran tu.Bayangkan kita la orang yang kena azab.Baru la kita lagi berlumba-lumba nak lari dari jadi golongan-golongan tu.Kita ni sebenarnya kadang-kadang tertipu bila terlampau berangan sangat yang kita ni la ‘watak putih’,sedangkan amal kita nak melayakkan kita jadi ‘watak kelabu’ pun tak cukup qualification.” Akmal sengih. “Tu aku punya two-cents la.Kau nak terima atau tak,terpulang.” ]

and most importantly, [ … Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri. [ an Nahl : 89] =)

more and more, Bukan nak kata orang la,dia sendiri pun macam tu jugak. Bila masuk bulan puasa,perubahan dalam rutin harian hanyalah tak makan dari subuh sampai senja. Malam pulak join terawih kalau rajin. Tapi moreh tu mesti ada. Ada ke pulak macam tu. Nak ketawa pada diri sendiri pun ada. Selain daripada tu,kehidupan macam biasa jugak. Solat ikut aci dan. Tengok wayang jalan jugak. Jamming jalan jugak. Main game jalan jugak. Lepak-lepak jalan jugak.( that's me~)

Tapi tu la kenyataan. Ramadhan tu hanya diertikan oleh tak makan. Ramadhan tu hanya diertikan dengan bazaar Ramadhan. Ramadhan tu hanya diertikan dengan terawih dan moreh (walaupun tak semua orang yang moreh tu pergi terawih). Ramadhan tu hanya diertikan dengan jemputan berbuka puasa di sini-sana (walau sebenarnya orang yang tak puasa bukan kerana uzur pun join sama). Ramadhan tu dah jadi budaya dan bukan lagi tuntutan agama. ]

[Sekarang rasanya baru faham maksud Akmal bila cakap kat sini (Australia) tak banyak distractions untuk betul-betul fully utilized Ramadhan. Dan sekarang juga baru betul-betul nampak kenapa Chad nak duduk masjid dan bukan duduk di rumah Akmal atau tempat penginapan lain. Nak memotivasikan diri buat benda baik buka mudah sebenarnya. Dan persekitaran tu memang sangat-sangat penting nak membentuk driving force tu.]

[ Betul,dia sendiri tak pernah rasa macam mana jadi pelarian. Tak pernah rasa macam mana nyawa tu macam telur di hujung tanduk. Tak pernah ada parut kena tembak dengan submachine-gun. Tak pernah rasa terpaksa terpisah dari keluarga. Tak pernah rasa tengok kaum keluarga terdekat kena bunuh. Tak pernah rasa tengok kampung halaman sendiri dibakar sampai tinggal abu macam kena langgar garuda. Tak pernah rasa berlapar berhari-hari dengan makanan dicatu. Tak pernah rasa susah mencari rezeki untuk isi perut hingga hanya terpaksa minum air hujan. Selama ni tak pernah terasa sangat kot segala nikmat yang ada yang Allah bagi ni. Take it for granted,maybe. Sebab semua benda mudah dan memang dah ada. Mana pernah dia merasa pengalaman perang kat Malaysia,perang dalam Warcraft tu lain cerita la. Tapi ada orang yang di sudut dunia yang lain dah melalui azab tu. Teringat semula masa baca buku Johnny Got His Gun dulu. Sungguhlah…. nikmat yang Allah bagi tu sangat banyak. Allah dah sebut pun dalam surah ar-Rahman berulang kali. ‘Nikmat Aku yang manakah yang kamu nak dustakan?’ ]

[Fend melepas nafas panjang. Macam kesian kat diri sendiri la kalau sampai bila-bila pun tak sedar sebab utama dicampak ke dunia ni. Dan berapa ramai sebenarnya orang kat tanah air sendiri tu yang masih tak sedar-sedar? “Orang patutnya kejar Lailatul Qadar,tapi orang Malaysia selalunya kejar Laitatul Kamdar. ” Akmal menambah. Tapi memang betul pun. Malam-malam terakhir Ramadhan memang masjid selalunya makin kosong. Shopping complex yang makin penuh. Kasihan Ramadhan. Datang setahun sekali,macam tu pulak jadinya. Haih...]

another piece of sentence from al-Quran, : [ "…Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami pikul. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami... " (Al Baqarah:286) ]

[ Katakanlah, "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dia-lah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal. " (At Taubah:51) ]

[ Dan tidakkah mereka mengetahui bahwa Allah melapangkan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang dikehendaki-Nya? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman. (az Zumar:52) ]

Sungguhlah. Segalanya kembali kepada benda asas. Tanggungjawab. Tak kisah la status diri tu sebagai apa. Selagi masih bernama manusia,maknanya secara automatik memang dah ada tanggungjawab yang tergalas di bahu. [ " Narrated 'Abdullah bin 'Umar: Allah's Apostle said, "Surely! Everyone of you is a guardian and is responsible for his charges: The Imam (ruler) of the people is a guardian and is responsible for his subjects; a man is the guardian of his family (household) and is responsible for his subjects; a woman is the guardian of her husband's home and of his children and is responsible for them; and the slave of a man is a guardian of his master's property and is responsible for it. Surely, every one of you is a guardian and responsible for his charges. From Sahih Bukhari" ]

Memang betul la kata orang. dengan berjalan dan bermusafir tu memang banyak sangat benda yang boleh kita belajar. Belajar daripada kawasan dan persekitaran,belajar dari orang yang dijumpai sepanjang permusafiran,belajar daripada ujian sepanjang perjalanan,belajar daripada orang yang menemankan.

Sekarang baru faham erti hidup. Hidup bukan hanya diertikan dengan not muzik atau warna-warna. Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar harta dan kerjaya. Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar cita-cita. Hidup bahagia bukan hanya diertikan dengan senyum ketawa riang gembira.

Hidup itu untuk akhirat.

Living here for the hereafter.

Permulaan yang berpaksikan pengakhiran takkan bawa pada kesesatan. Begin with the ending in mind.

Sungguhlah,apa sahaja yang berlaku dalam hidup ni memang ketentuan. Hidayah dan petunjuk tu sendiri pula,memang hanya Allah yang boleh bagi sebab hanya dialah yang memegang hati.

"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th. "

* saya menulis ini bukanlah untuk riak, tapi untuk peringatan kepada saya, kepada kamu yang membaca. alhamdulillah, nasib baik jumpa blog Hlovate, ;). syukran jazilan kasiran 'ala iqra'u blog ana. =). to keropok mony's, apakata selepas ni kita lipatgandakan kita punya amalan, for the sake of our examinations, for the sake of our future and our hereafter life? apakata selepas ni kita banyakkan sesi tazkirah dan tarbiyyah, saling tegur menegur, so that...kita bukan saja cemerlang dari segi akademik, tapi dari segi sahsiah. iloveyouall~ ana uhubbikum fillah~! =) to sesiapa yang 'mengkomen' saya ni tulis panjang2, x pe, komenlah apa2 yg anda suka, this is me. :) Jaza kallahu khairan khatira wa fi amanillah wa Allahu yu barik fiq wa ma'assalaamah wa ilalliqa'. *

[Dan bahawasanya kepada Tuhanmulah kesudahan segala sesuatu [an-Najm : 42]

No comments:

Post a Comment