About Me

My photo
sweet 18, currently lives in Tanah Melayu, gadis melayu, love baju kurung, and just a plain girl which awesome in my own way. *warning : this blog may contains my bad side, stupid side, rude side, you name it. but also contains my bright side of course. :D

Tuesday, November 23, 2010

tumblr pulak,

bismillahirrahmanirrahim,
assalamualaikum,,

i now pronounce that...
I HAVE A TUMBLR NOW,!
haha,! thanx to my beloved cousin, farahkheirudin for her kindness to tutor me about tumblr,
heho, now i'm falling in love with tumblr,,,yay,! tumblr has soooooo many nice poictures,! of course it's not MY pictures but i just love THEIR pictures,! hahah,! so, have a look at my tumblr...i;m just a newbie, not expert yet in tumblr but, just have a look okay,! syukran jazilan for your support,! jazakallahu khairan khatira yarh,! =))
www.redtorchlight.tumblr.com

*_*

posted by she the nina d[0.o]b

Monday, November 22, 2010

super BOH-san,

bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t,

sorry,! lama ta update blog kan,? i'de been busy ckit plus tatau na tlis ap...huhu,
btw,, hr tu bru blik kl, my cousin intoduce me to tumblr. so, i'm otw exploring tumblr lah...hum, btw, makngah n pakngah sya already fly to Bedford, England...sgt jealous actually,! hum, maklong kata...kalau nina dpat 9A's minx la kat abh utk p umah maklong kat Bedford tuh....haih, problem is, idk if i can get straight a's ke x...ye lah, nina bkn nya pndai sgt. rsau btul kalau ta dpat straight. haih. tak pa lah. kadang2 apa yang kita sgka buruk tu sbenarnya baik dr Allah, tp yg kta sgka baik tu buruk bg Allah...kn,? =). tlg doakan nina bleyh dpat straight a's ye,? syukran sgt2,! =)) May Allah bless u,!

posted by she the nina d[0.o]b

Saturday, November 13, 2010

.: andai seorang lelaki itu datang... :.

Bismillahirrahmanirrahim,

got this text from iluvislam.com~ sharing is loving, though~


Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...


Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...


MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,

"Kau sangat comel pada mataku"
"Kau dah seperti adik kandungku"
"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"
"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"
"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"
"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"


TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?

Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...


BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!


Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.

Sesungguhnya, neraka itu hakiki...

Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...


Thursday, November 11, 2010

.: Just Allah :.

*


Hanyalah untuk Allah
Kan kupersembahkan
Cinta tertinggi dan termurni
Yang tumbuh dalam nurani
Hanyalah untuk Allah
Kan kusandarkan
Segala pengharapan dan doa
Beri daku cahaya-Mu
Hanya Pada Allah kusandarkan
Hanya Pada Allah kudoakan
Hanya Pada Allah kuharapkan


*

Wednesday, November 10, 2010

.: Melayu :.

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Alhamdulillah, segala pujian kepada Allah yang masih membenarkan saya bernafas di muka bumi ini. =). i found this poem on prupose and find it interesting and can be share...so, here it goes, feel it guys. =)


Sajak Melayu – Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan


Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Dalam sejarahnya


Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan


Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara


Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali


Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri


Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak


Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing


Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”


Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan


Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!


*_*

Tuesday, November 9, 2010

.: i LiKe ThEsE WoRdS ~! :.


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~


Mntalah teman soleh@solehah dlm sjud t'akhirmu swktu tahajjud..
Dia bisa kuatkan kkimu di jln Allah..
skliling kta byk hati2 ksong rndukn sentuhan iman dr teman soleh@solehah..
mulakn dgn mjdikan drimu pnawar kpd mrk sume...
pghdup hti2 grsang...
bykkn mmbri dr m'hrap..
biarlah dri kta x dhrgai..
asalkn kta m'hrgai org len klak Allah akn m'hrgai kta =)

Mungkin krn kita leka, sekali pena terlepas dr genggaman, ucapan "oops!" mendahului "ya Allah". Apabila perut kenyang, "ah...kenyangnya!" mengatasi "Alhamdulillah". Apabila diri terpegun oleh keindahan alam "Subhanallah" tertutup oleh "cantiknya!". Apabila dikunjungi berita malang, "kasihannya..." terucap kerana kita lupa pada "innalillahi wainna ilaihi raji'un". Kadangkala kita lupa krn terbiasa. Tetapi ingatlah agar apabila Izrail mendekati kita, biarlah ucapan "Lailaha illallah" menjadi juara mengatasi segala kata2. insyaAllah =)


Allahu yuhibbu muhsinin...^_*

Monday, November 8, 2010

.: BanJiR, LaWyEr, WiFe ~ ! :.


Bimillahirrahmanirrahim;
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ~

oLa people~ maaf, dah lama x update....humph, dlanda bah adlh slh satu sbb, lg stu sbb is sy sgt malas nk type. hehe. ok. start with story banjir.

Alhamdulillah, di sebalik kesusahan org lain yg betul2 dilanda banjir, keluarga sy still bernasib baik sbb rumah sy agak tinggi walaupun rumah2 di kawasan depan tmn sy tenggelam paras betis sahaja. lebih malang lagi penduduk kawasan taman tabung haji, which is sebelah taman desa bkt tgi shj....kesusahan yg family sy alami is only x de lektrik n x de air shj.....compare to pndduk tth, air bah naik smpai bumbung rmh diorg, abis sgla hrta diorg sbb x jgka naek smpai mcm tu. like the rest said, banjir terburuk skali dlm sej.

actually, hr rabu tu, pihak sek membenarkan hostel like bahiyah balik ke rumah masing2 memandangkan air x de kat sek...and org dm pun x dpt ke ostel utk sdia mknn sbb tperangkap banjir di jitra. that is the first sign of flood will come to a.star. hr tu sy panic kjap cuz family sy da tperangkap dlm banjir, x dpt kluar p mn pun even utk amik sy dr sek sbb air da paras dada~! so, my dear friend, fatin izzaty offer utk dduk umah dy utk smentara wktu. alhamdulillah,umah dy x de pape pun....umah dy mcm2 ada, bendang, ban, sangkar yg full of birds, ayam, etc~ hoho~ family dy sgt sporting~! mmg best lah dduk umah dy~! tp next day tu, km 2 x p sek...hoho....tgk2 ayh dy kta sek bhyh bnjir dah~ =). mlm tu, abh randuk gak air nk amik sy...then abh naek keta pej utk amik nina kat kl. kedah~

mmg satu experience yg x bleyh lpa la, randuk air yg arus deras utk baleyk umah. mmg sjuk lah~ malam plak tu. esk nya, alhamdulillah, dah surut dah air, bleyh la km lari blek kg. kat sbrg jya. =). dduk 3 hri 2 mlm kat sna, abh kna panggil p stadium sri mnnti sbb abh kan keja ngn kerajaan. so kna tlg org la. hummm....pd sy, banjir ni dtrunkan olh Allah utk mmbri peringatan kpd umat islam....bkn sbb projek kereta api bekembar ke ap ka sbb,,,,bla Allah kta Kun Faya Kun, jdlah ap yg Allah mahukan....pemimpin ngr plak x leyh la lmbt btindak, ini, ad mgsa yg lmbt trima bntuan....humph.

***************************************************

hari tu, msa sy tgh sembang2 ngn kwn2, tba2 ad sorg tu ckap..."bg aku, kerjaya sbg civil lawyer ni satu langkah ke neraka..." dear, ssguhnya sy rsa mcm kna tampar fresh ja kat pipi bla dy ckap mcm tu. dear, dy seorg yg sgt pandai, lbih dr sy, y kna sempitkan pemikiran smpai mcm tu....? kalau x de la civil lawyer mly, sp lg yg nk tunaikan fardhu kifayah tu kalau dok fkir mcm tu? ok, for her doubt tu, sy ad jwapan yg sy amik dr satu web ni....read n feel it babe~

16-007 : Kerjaya sebagai seorang peguam halalkah?
soalan :

Ada seorang ustaz aliran tradisional tempat saya ni bertegas bahawa sesiapa yg kerja sebagai lawyer/hakim atau yang seumpamanya (non-syariah legislation) akan masuk neraka lantaran pekerjaan mereka itu. Ini kerana mereka menggunakan & mengiktiraf hukum-hakam ciptaan barat/manusia (cth: Brit common law) instead of hukum-hakam dari Al-Quran dan Sunnah. Bagaimana tu?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Lawyer atau peguam, menurut istilah feqah ialah: ‘wakil dalam perbicaraan’. Seseorang yang berhadapan kes mahkamah mewakilkan individu yang layak sebagai jurubicara bagi pihak dirinya.

Dimaklumi dalam syarak, wakalah (perwakilan) seperti ini adalah HARUS pada asalnya. Jadi, pada dasarnya profesyen lawyer/peguam adalah berkaitan ‘wakalah fi al-Khusumah’ (perwakilan dalam perbicaraan), yang dimaklumi keharusannya. Dan fuqaha memperincikan hukum ini dalam kitab al-Wakalah.

Mewakilkan individu lain dalam perbicaraan (istilah sekarang: lantik peguam) berlaku pada zaman sahabat, sebagaimana Ali r.a. mewakilkan Aqil bin Abi Talib r.a., dan selepas Aqil berusia, Ali mewakilkan Abdullah bin Jaafar. Sunan Baihaqi (no: 11219).

Berkaitan dengan hukum menjadi peguam/lawyer dalam sistem perundangan yang tidak berhukum dengan syariat (bukan semua undang-undang itu menyalahi syariat), perlu difahami bahawa undang-undang itu bukanlah digubal oleh peguam itu. Jadi, bukan dia yang menanggung dosa tersebut. Yang bertanggungjawab ialah penggubalnya. Dasar dalam syarak, seseorang tidak menanggung dosa yg dilakukan oleh orang lain.

Cuma seseorang peguam Islami mestilah menjaga beberapa perkara spt:
i- tidak boleh menuntut supaya dilaksanakan undang-undang yang bercanggahan dengan Islam.
ii- tidak boleh menjadi peguam kepada seseorang yang diketahui bahawa dia di pihak yang salah.
iii- jika peguam itu mendapati ketika perbicaraan bahawa anak guamnya di pihak yang bersalah, maka wajiblah dia menarik diri daripada mewakilinya.

-rujukan: Fatawa Mustafa al-Zarqa’ m/s 379-381.

(Syeikh Mustafa al-Zarqa’ adalah seorang ulama Syria, wafat tahun 1420H. Beliau pernah menjadi peguam di Syria selama 10 tahun, dan meninggalkan profesyen tersebut kerana beliau meletakkan syarat dalam guamannya, iaitu jika dia dapati anak guamnya di pihak yg batil, beliau menarik diri daripada mewakilinya. Syarat seperti ini menyebabkan orang tidak mahu mengambilnya peguam. Kemudian, beliau menumpukan kepada bidang akedemik. Rahimahullah)

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

clear? =).


**********************************************

waktu tgh surf internet, tjumpa article ni~


6 jenis isteri yang di'fire' utk jadi isteri ~

firstly...
Al-Anana.. iaiituu.. prempuan yang membanyakkan keluh kesahh..

yang kedua..
Al manana.. iaitu.. prempuan yang byk mengungkit kpd suami...

yang ketiga...
al hunana... iaituu.. prempuan yg ingin kpd laki len..

yang keempat..
al hudaqah.. iaituu... prempuan yg gemar akan tiap2 satu benda yang dy nak..

yang kelima..
al buraqah... hari2 sebok mekap

Yang keenam...
Al-salaqah.. iaituu... byk beleter..

Kata saidina ali : bermula lelaki yg jahat.. tp terlebih baik plakk sifat pmpuan.. ni apa plak dahh?? maksudnyaaa...

laki kalo bersifat ngn 3 sifat nie.. untuk laki memang xelok..

al ukhlu - kdekut..

azzuhu - membesarkan diri

al jubnu - penakut..

***********************
ookkaayy...till here jek kot~
^_~