About Me

My photo
sweet 18, currently lives in Tanah Melayu, gadis melayu, love baju kurung, and just a plain girl which awesome in my own way. *warning : this blog may contains my bad side, stupid side, rude side, you name it. but also contains my bright side of course. :D

Tuesday, August 31, 2010

.: Adolf Hitler ! :.

.: Assalamualaikum :.

ekhem. disebabkan sya admire sgt ngn adolf hitler ni,,,,sy search la pasal dy kt tenet. sy dpr mklumat ni dr sebuah blog, n wikipedia kut kalau x silap sy. heh. rmai yg slh sgka pasal adolf hitler ni. temasuklah some rkyt indonesia yg baling najis kat duta msia tuh....here goes the story about him. =))


**************************************************************

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini…

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?”

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya…lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : ” Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?”

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : “Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi…

Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah…

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi…

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

” Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku”

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?”

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau…minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas…

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Penambahan

Sejarah awal

Pada 6:30 petang 20 April, 1889, beliau telah dilahirkan disebuah perkampungan kecil Braunau Am Inn, Austria berhampiran dengan sempadan Jerman di Bavaria.

Bapanya, Alois Hitler seorang pegawai kastam telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum mengahwini ibu Hitler, iaitu Klara Pölzl. Sebelum melahirkan beliau, ibunya telah melahirkan dua anak lelaki dan seorang anak perempuan. Malangnya, ketiga-tiga anaknya mati pada usia yang muda. Oleh itu, apabila beliau dilahirkan, ibunya telah memanjakannya bagai ‘menatang minyak yang penuh’.

Hitler (panggilan manja ‘Adi’) semasa bayi

Pada usia enam tahun, beliau masuk gred pertama di sebuah sekolah awam di Fischlhamberhampiran Linz, Austria. Pada tahun yang sama bapanya telah bersara dan dari situ bermulanya zaman kesusahan bagi keluarga Hitler. Bapanya yang biasa dengan disiplin di tempat kerjanya telah cuba untuk mengamalkannya di rumah. Abang angkatnya, Alois Jr., sering dipukul oleh bapanya dan pada umur 14 tahun, dia telah lari dari rumah. Akibatnya, Hitler pula telah menjadi mangsa kezaliman bapanya.

Sewaktu di sekolah rendah beliau telah menunjukkan bakatnya dalam beberapa bidang seperti lukisan dan nyanyian. Malah sewaktu belajar di sebuah sekolah Katolik, beliau pernah menyertai kumpulan koir di situ di mana beliau dipuji kerana suaranya yang merdu. Di samping itu, beliau amat meminati seni reka bangunan dan mampu melakarkan semula sebuah bangunan hanya dengan menggunakan ingatannya. Kegemarannya yang lain ialah membaca buku terutamanya kisah koboi dan Indian dari Amerika Syarikat dan juga kisah perang yang melibatkan Empayar Jerman yang lampau. Namun demikian, beliau sangat lemah dalam mata pelajaran matematik dan juga bahasa.

Oleh itu sebelum melangkah kesekolah menengah, beliau ingin masuk kesekolah berjurusan klasik di mana beliau boleh belajar lebih mendalam tentang lukisan. Namun bapanya membantah, dan mahukan anaknya masuk kesekolah teknik dan menjadi seorangpegawai kerajaan. Oleh itu, Hitler terpaksa akur dengan kehendak bapanya dan memasuk kesekolah teknik. Tetapi beliau sering berselisih dengan bapanya sehinggalah bapanya meninggal dunia secara tiba-tiba pada Januari 1903 akibat pendarahan paru-paru.

Zaman remajanya

Selepas bapanya meninggal dunia, Hitler menjadi seperti “layang-layang terputus tali”. Beliau melakukan apa sahaja yang disukainya tanpa menghiraukan orang lain. Grednya semakin menurun dan beliau sering melakukan perkara yang nakal di sekolah dan menentang autoriti guru-gurunya. Semasa di sekolah, beliau hanya meminati dua subjek iaitu sejarah dan lukisan. Beliau amat mengkagumi guru sejarahnya, Dr. Leopold Pötsch, yang suka menceritakan tentang perwira-perwira Jerman yang lampau. Pada usia awal remaja beliau amat meminati nasionalisme Jerman dan lukisan serta seni reka.

Sewaktu berusia 15 tahun beliau diserang pendarahan paru-paru suatu penyakit turun temurun dan setahun kemudian meninggalkan alam persekolahan atas alasan kesihatan. Selepas itu beliau membuang masanya berjalan disekitar bandar raya Linz, Austria, melawati muzium, opera, dan duduk ditebing Sungai Danube sambil bermimpi menjadi seorang pelukis yang terkenal.

Pada usia 17 tahun beliau melawat ibu negara Austria iaitu Vienna. Beliau amat kagum dengan keindahan seni reka bangunan disana seperti opera house dan bangunanParlimen serta bangunan disekitar Ring Boulevard. Justeru itu, beliau mengambil keputusan untuk mendaftar di “Vienna Academy of Fine Arts” sebuah sekolah kesenian yang berprestij. Setahun kemudian beliau mengeluarkan wang harta pusakanya untuk tinggal dan belajar di Vienna. Pada masa ini ibunya semakin tenat akibat penyakit barah payudara. Namun cita-cita beliau yang tinggi untuk menjadi seorang pelukis terkemuka telah membuat beliau meninggalkan ibunya sendiri. Walaupun begitu cita-cita beliau musnah apabila gagal dalam peperiksaan kemasukan akademi tersebut. Malah beliau telah gagal peperiksaan ini sebanyak dua kali dan tidak berjaya memasuki akademi yang berprestij ini. Kesedihan ini bertambah apabila ibunya meninggal dunia pada Disember 1907.

Selepas kematian ibunya, Hitler masih mencuba nasibnya di Vienna. Dengan gaya hidupnya yang mewah, pendapatan Hitler semakin menurun dan akhirnya beliau terpaksa tidur di bangku taman parkbenches dan bergantung pada derma daripada orang ramai. Kehidupannya yang sengsara ini telah menjadikannya berhati keras dan mempunyai mentaliti untuk terus hidup (survival) dan tiada ruang untuk belas kasihan.

Pada usia 21 tahun beliau mendapat mata pencariannya melalui penjualan gambar-gambarbangunan yang disalin dari poskad. Selain itu beliau mula membaca buku-buku falsafah dari penulis seperti Nietzsche, Hegel, Fichte, Treitschke dan Houston Stewart Chamberlain.

[sunting] Penyertaan dalam Perang Dunia I

Penyertaan Jerman di dalam Perang Dunia I merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh Hitler. Beliau dengan penuh semangat telah menyertai pasukan tenteranya untuk berjuang menentang musuh negara. Tugasnya yang pertama ialah sebagai penghantar perutusan dalam pasukan Infantri Regimen Bavaria ke 16. Beliau terkenal oleh sahabat-handainya sebagai seorang yang licik dan selalu terlepas dari maut. Oleh sebab keberaniannya, beliau telah dianugerahkan beberapa pingat termasuklah pingat berprestij iaitu “Iron Cross“. Tujuan utama Hitler menyertai peperangan ini ialah untuk bersama pasukantentera yang akan menemui kemenangan yang gemilang. Malangnya, yang sebalik telah berlaku dan Jerman terpaksa mengaku kalah kepada Perancis dan konconya. Jerman telah dihina apabila mereka dipaksa membayar sejumlah wang yang besar kepada negara Perancis. Ramai rakyat Jerman merasa dikhianati oleh kerajaan sendiri yang mereka anggap telah menikam Jerman dari belakang dan ini termasuklah Hitler sendiri. Beliau amat kecewa kerana negara Jerman yang beliau sanjungi terpaksa tunduk kepada kuasa lain terutamanya musuh ketat mereka iaitu Perancis. (Sila lihat Perjanjian Versailles) Ketika perletakan senjata ‘Armistice‘ ditandatangani pada 11 November 1918, Hitler sedang dirawat di hospital. Ketika itu beliau memangku jawatan sebagai lans-kopral.

Pembabitan Hitler awal dalam politik

Selepas Perang Dunia I berakhir, Hitler telah ditempatkan di Munich, ibunegeri Bavaria. Pada ketika itu Bavaria berada dalam keadaan revolusi. Kurt Eisner, pemimpin parti Sosialis Bebas Independent Socialist Party, telah mengisytiharkan Bavaria sebagai sebuah republik sosialis. Akibatnya pada Mei, 1919 Tentera Jerman telah memasuki Munich dan menumpaskan kerajaan sosialis tersebut. Hitler sendiri telah ditahan kerana disyaki sebagai seorang berfahaman sosialis. Namun beliau dibebaskan setelah bersetuju untuk membantu mereka mengenal pasti tentera yang menyokong kerajaan revolusi pimpinan Kurt Eisner. Beliau kemudiannya, diberi tugasan yang baru iaitu sebagai perisik gerakan revolusi di Munich.

Pada September 1919, beliau diarahkan untuk menghadiri mesyuarat German Worker’s Party (GWP). Pihak tentera bimbang parti baru ini yang diterajui Anton Drexler, cenderung ke arah revolusi komunis. Sewaktu menghadiri mesyuarat ini beliau bersetuju dengan misi parti ini iaitu kearah nasionalisme Jerman dan anti-Semitisme. Walaupun beliau hadir sebagai seorang perisik, beliau tidak dapat menahan dirinya daripada memberi ucapan yang berkobar-kobar. Drexler amat tertarik dengan karisma Hitler sewaktu berpidato dan kemudiannya menjemput beliau menyertai parti ini.

Sewaktu Hitler menyertai parti GWP, keahliannya amatlah sedikit iaitu hanya seramai 46 orang. Namun beliau tidak berputus asa dan menggunakannya keahliannya sebagai medan latihan untuk memperbaiki kemahiran berpidatonya. Lama kelamaan beliau telah digilap menjadi bintang yang bersinar dan kebolehannya untuk berpidato telah menarik ramai orang untuk menyertai parti tersebut. Hitler kemudiannya terus berkecimpung dalam arena politik. Antara lain beliau telah membawa masuk beberapa kawan tenteranya termasuk Kaptan Ernst Roehm. Kemasukan Roehm amat bermakna kepada parti yang baru ini, kerana dia mempunyai akses kepada tabung tentera dan wang ini telah disalurkan kepada parti tersebut. Hitler kemudiannya diberi tugas menguruskan jentera propaganda parti pekerja ini dan beliau kemudiannya menukar nama Parti Pekerja German kepada Nationalist Socialist German Workers Party (NSDAP) ataupun parti Nazi.

Pada Februari 1920, parti NSDAP telah mencetak programnya yang pertama dipanggil “25 Points” (25 perkara). Antara lain, program ini telah menolak syarat-syarat Perjanjian Versailles dan menyeru rakyat Jerman untuk bersatu. Program ini telah memperkukuhkan ideologi nasionalisme, dengan memberi hak saksama kepada rakyat Jerman sahaja dan bukannya orang luar atau orang asing. Pada 24 Februari 1920, sebuah perjumpaan besar-besaran telah diadakan untuk mengumum program ini kepada rakyat jelata dan ia dihadiri oleh seramai 2,000 orang. Hitler sedar kejayaan parti Nazi adalah atas daya usahanya sendiri dan Drexler terpaksa meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Hitler.

Pada awal penubuhannya, gerakan parti ini terbatas di Munich iaitu ibunegeri Bavaria. Pada 1923, ekonomi Jerman telah dilanda krisis apabila pekerja di Ruhr telah mengadakanmogok. Mogok ini berlaku kerana tentera Perancis telah menduduki wilayah tersebut setelah kerajaan Jerman gagal membayar pampasan perang mereka kepada Perancis. Pada 13 Ogos Canselor Jerman yang baru, Gustav Stresemann bersetuju untuk kembali membayar wang pampasan kepada Perancis dan ini mencetuskan kemarahan rakyat Jerman. Hitler menganggap peristiwa ini sebagai suatu kesempatan untuk menumbangkan kerajaan Bavaria dan juga kerajaan demokratik Jerman. Walaupun begitu, revolusinya yang dikenali sebagai “Beer Hall Putsch” telah digagalkan. Pemberontakan selama dua hari ini telah ditumpaskan oleh pihak berkuasa Munich dan beberapa ahli Nazi telah terbunuh. Hitler dan para penasihatnya telah disabitkan dengan kesalahan dan dipenjarakan atas tuduhan khianat. Pada waktu ini karier politik Hitler telah berakhir selama beberapa tahun.

Kebangkitan Hitler sebagai Fuhrer parti Nazi

Hitler dibebaskan dari penjara pada 20 Disember, 1924. Jerman pada waktu itu sedang mengalami pemulihan ekonomi dan rakyatnya mula yakin kembali dengan sistem demokratik negara. Antara 1924 hingga 1929, partinya mengalami zaman yang malap. Sewaktu pilihan raya 1924 dan 1928, parti NSDAP memenangi kerusi yang sedikit diReichstag iaitu kurang daripada 20 kerusi. Pada waktu ini, beberapa orang penting telah menyertai parti NSDAP iaitu Joseph Goebbels dan Heinrich Himmler. Mereka kemudiannya menjadi penyokong Hitler yang paling berpengaruh semasa beliau memimpin negara Jerman.

Walaupun begitu nasib mula menyebelahi Hitler pada 1929, apabila Amerika Syarikatdilanda Kemelesatan Besar akibat kejatuhan di Wall Street. Pada akhir 1930, hampir 4 juta rakyat Jerman telah menjadi penganggur. Sokongan kepada parti NSDAP semakin melonjak. Pada tahun 1929 parti NSDAP memenangi undi majoriti dalam pengundian bandar Coburg, dan kemudiannya memenangi pengundian daerah Thuringia. Akhirnya pada pilihan raya umum September 1930, parti pimpinan Hitler telah menambahkan kerusinya dari 14 ke 107, menjadikannya parti kedua terbesar di Reichstag.

Pada 1932, parti NSDAP telah menjadi parti terbesar di Reichstag, namun parti beliau disekat oleh parti lain seperti parti Jerman Sosial Demokrat dan parti Komunis Jerman. Sebelum ini, beliau telah berulang kali meminta Presiden Paul von Hindenburg untuk menjadi Canselor tetapi telah menemui kegagalan. Akhirnya beliau telah hilang sabar dengan demokrasi dan melancarkan keganasan terhadap penyokong sosialisme dankomunisme. Ramai penyokong parti telah dibunuh dan beberapa ahli parti Nazi telah dipenjarakan. Akibatnya, ramai rakyat Jerman menolak Nazi yang dianggap sebagai partisamseng dan pada pilihan raya 1932, sokongan parti ini telah menurun. Manakala, parti komunis pula telah mendapat sokongan padu dan telah berjaya menambah bilangan kerusi di Parlimen sebanyak 100 kerusi.

Walaupun begitu, Hitler telah menggunakan kemenangan parti komunis sebagai suatu kesempatan untuk mencetus huru-hara. Beliau dengan jentera propagandanya telah berusaha menakutkan rakyat jelata dengan menyebarkan berita kononnya kebangkitanBolshevik akan berlaku dan hanya NSDAP mampu membendungnya. Beberapa ahli perniagaan terkenal yang risau dengan revolusi tersebut telah merayu kepada Paul von Hindenburg supaya Hitler dilantik sebagai Canselor. Hindenberg akhirnya terpaksa akur dengan desakan mereka dan melantik Hitler yang berusia 43 tahun sebagai Perdana Menteri ‘Chancellor’ Jerman.

[sunting] Jerman dibawah kerajaan “Third Reich”

Selepas pilihan raya 1932, Hitler mencadangkan Rang Undang-Undang Enabling Bill yang memberi kuasa diktator kepadanya. Rang Undang-Undang tersebut memerlukan tiga perempat undi Reichstag dan partinya hanya mempunyai satu pertiga kerusi. Walaupun begitu, sebahagian besar wakil parti komunis telah dimasukkan ke kem tahanan. Hitler hanya memerlukan sokongan Catholic Centre Party (BVP) untuk meluluskan akta ini. Hitler kemudiannya berjumpa dengan perwakilan parti ini dan menjamin hak saksama untuk gereja Katolik. Akhirnya parti Nazi berjaya mendapat sokongan parti BVP dan akta ini diluluskan.

Langkahnya yang pertama ialah mengambilalih persatuan sekerja. Selepas itu parti komunis dan Sosial Demokrat telah diharamkan. Ini disusuli pula parti lain termasuk Catholic Centre Party, Nationalist Party dan parti-parti lain selain NSDAP telah diisytiharkan sebagai parti haram, dan pada akhir 1933 terdapat lebih 150,000 tahanan politik dihantar ke kem tahanan. Joseph Goebbels telah dilantik sebagai Menteri Propaganda dan sentiasa memantau maklumat yang disebarkan melalui semua suratkhabar, majalah-majalah, buku-buku, radio dan sebagainya. Manakala Goering, yang merupakan Menteri Dalam Negeri telah membuang pegawai-pegawai tinggi polis dan menggantikannya dengan penyokong Nazi. Mereka ini kemudiannya dipanggil Gestapo.

Pada awal pemerintahan Hitler, sebagai seorang yang gila kuasa beliau sentiasa bimbang dengan perebutan kuasa dalam partinya sendiri. Oleh yang demikian beliau telah melaksanakan sistem pecah dan perintah divide and rule bersama pegawai-pegawainya yang berpengaruh seperti Goebbels, Roehms dan Goering. Antara mereka bertiga, Roehms merupakan orang yang paling dicemburui kerana mengetuai pasukan SA yang besar dan berkuasa. Oleh itu, beliau telah dituduh sebagai seorang homoseks oleh musuh-musuhnya. Walaupun, Hitler pada mulanya tidak mempercayai cerita ini tetapi beliau mempercayainya apabila melihat dengan sendiri pegawai yang digemarinya itu melakukan hubungan homoseks dengan pegawai bawahannya.

Pada malam yang dikenali sebagai Malam Pisau Panjang “The Night of the Long Knives” Hitler membunuh semua penentangnya termasuk Roehms dalam parti Nazi. Hitler juga menyalahkan Komunis dan Yahudi atas kelembapan ekonomi dan berjaya meraih sokongan angkatan tentera dengan melaksanakan polisi melengkapkan peralatan senjataJerman.

Namun demikian, banyak kejayaan telah berlaku sewaktu beliau berkuasa di Jerman. Antara lain, Jerman merupakan negara Eropah pertama yang pulih sepenuhnya daripadaKemelesetan Besar yang melanda ekonomi dunia. Kadar pengangguran telah dikurangkan apabila kaum wanita digalakkan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah, lantas memberi laluan kepada kaum lelaki untuk mendapat kerja yang baru. Disamping itu, beliau telah memulakan industri automatif secara besar-besaran di Jerman dengan pembuatan kereta Volkswagen (yang bermaksud “kereta rakyat” dalam bahasa Jerman) dan juga membangunkan sistem lebuhraya autobahn di sana.

Bermulanya Perang Dunia II

Pada September 1939, Hitler menyerang Poland dengan serangan taktik blitzkrieg(serangan darat, udara secara besar-besaran dan mengejut) mencapai kejayaan yang memeranjatkan musuh dan jeneralnya sendiri. Serangan terhadap Poland bagaimanapun menyebabkan musuh-musuhnya kini bertindak balas dan pihak British dan Perancismengumumkan perang terhadap Jerman, dengan itu memulakan Perang Dunia II.

Ketika berlakunya Peperangan Dunia II, pihak British dipimpin oleh Sir Winston Churchill.

Setelah lama berperang dan setelah mengalami kekalahan di setiap medan pertempuran, Hitler menyedari bahawa kekalahan sudah tidak dapat dielakkan. Hitler kemudiannya mengahwini wanita simpanannya Eva Braun, dan kemudiannya membunuh diri bersama-sama pada 30 April 1945. Mayatnya dibakar untuk mengelak daripada jatuh ke tangan musuh.

No comments:

Post a Comment