About Me

My photo
sweet 18, currently lives in Tanah Melayu, gadis melayu, love baju kurung, and just a plain girl which awesome in my own way. *warning : this blog may contains my bad side, stupid side, rude side, you name it. but also contains my bright side of course. :D

Sunday, March 11, 2012

random.



bila aku merajuk, tak angkat call kau, kau kata aku tak mahu cakap dengan kau dah.
bila aku angkat call dan tak berminat nak bercakap, kau nak letak phone sebab kata kau aku tak de mood nak bercakap dengan kau. kerana aku fikir rasional, x da gunanya aku merajuk lama lama sebab takut hilang kau, baik aku lupakan rajuk aku dan layan kau macam biasa. aku minta maaf sebab buat perangai. bila aku merajuk, kau minta maaf, aku terima saja sebab fikir aku, sekali minta maaf sudah cukup, tak perlu rajuk lama lama, takut kau nanti tinggalkan aku. bila aku buat salah, selalu aku minta maaf berkali kali. selalunya kau ambil masa lama sedikit berbanding aku untuk rajuk kau hilang. selalu aku turunkan ego aku dan pujuk kau. kadang kadang bila aku yang merajuk, dan aku rajuk lagi bila kau pujuk, kau pula yang merajuk. dan aku pujuk jugak kau walaupun hati aku belum terpujuk. jarang aku cemburu kerana aku fikir rasional, tak perlu untuk aku terlalu cemburu buta melainkan bila kena masanya untuk aku cemburu buta. aku ceritakan segalanya pada kau kerana aku mahu tiada rahsia antara kita. bila aku cerita pasal si dia yang kau tak suka aku berkawan rapat dengannya, kau selalu merajuk cemburu buta. sekali dua aku tidak kisah. tapi berkali kali kita gaduhkan kerana dia yang tiada apa apa denganku, ku mula ragu ragu, sebenarnya kau percaya aku ataupun tidak,? sebenarnya masih tidak cukup lagi kah benda yang aku bagi untuk tunjuk betapa dia untuk aku dan kau untuk aku adalah sangat berbeza, seperti langit dan kerak bumi. kau tahu aku sangat sensitif dengan kau. tinggi suara sedikit pun sudah terasa di hati, seperti dihiris hiris berdarah hati aku, mengalir air mata dalam diam, adakah kau tahu,? benar, pengorbananku untuk kau memang sedikit, mungkin sebab tu kau rasa cinta aku pada kau sebenarnya masih tak cukup. tak cukup dan sangat goyah sehingga memungkinkan untuk cinta aku beralih arah.pengorbanan kau untuk aku kalau ditulis dengan air laut barulah cukup. dan aku sangat menghargai segala yang kau lakukan. maaf. aku minta maaf untuk segalanya. aku....tak tahu nak kata apa dan buat apa. mungkin memang salah ku cuma aku saja yang tak nampak. hem. too sad to talk. 

posted by amalienaziyad. d[3.3]b

1 comment: